Isnin, 10 Januari 2011

Buku Harian Rasmi Majlis Guru Cemerlang dan Buku Strategi Pengajaran Guru Berkesan

Selamat Tahun baru kepada semua Guru Cemerlang Malaysia. Semua Guru Cemerlang dikehendaki mendapatkan Buku Harian Rasmi Guru Cemerlang yang diterbitkan oleh MGCM dengan segera daripada Setiausaha MGC Besut, Cikgu Fariza Nurbaya Muhammad. Harga buku harian ialah RM18.00 dan harga buku Strategi Pengajaran Guru Cemerlang RM32.00. Sama-samalah kita menyokong aktiviti Majlis Guru Cemerlang Malaysia dengan membeli buku-buku terbitan MGCM. Terima kasih.

Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat Tahun Baharu 2011

Tahun 2010 telah meninggalkan kita. Tahun 2011 yang bakal kita lalui diharapkan akan memberikan kita semangat untuk terus berjuang dan meningkatkan kecemerlangan organisasi tempat kita bertugas. Segala kelemahan dan kekuatan yang berlaku sepanjang 2010 diharapkan akan menjadi panduan dan iktibar untuk kita bergerak dengan lebih cemerlang pada tahun 2011 ini! Selamat meneruskan kecemerlangan.