Jumaat, 20 November 2009

MAKLUMAN PENDAFTARAN PTK 2010

Pendaftaran PTK Bagi PPPS Gred DG48, DG52, DG54 dan PPPLD Gred DGA34 dan DGA38 Tahun 2010 akan dibuka mulai 1 Februari Secara Atas Talian di Laman Web BPPK. Bagi calon yang telah mendaftar pada tahun 2009 tetapi tidak ditawarkan atau menolak tawaran Pusat Penilaian Kompetensi(PPK) 2009, calon dikehendaki untuk mendaftarkannya semula bagi mengikuti PTK Tahun 2010 Secara Atas Talian. Calon tidak perlu lagi membuat pendaftaran PTK dengan mMenggunakan Perisian PTKBPPKE4.1A.

Terdapat perubahan format penilaian PTK untuk tahun 2010. Tunggu..

Khamis, 19 November 2009

GURU Yang POSITIF Vs GURU Yang NEGATIF!!

GURU Yang POSITIF (Sifat yang wajib ada bagi semua Guru Cemerlang.

1. Kuat bekerja
2. Bersemangat dengan kerjasama
3. Mempunyai sifat kepimpinan
4. Baik hati dan senang memahami masalah pelajar
5. Mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bidangnya
6. Mudah bergaul
7. Mempunyai unsur kelakar/ kecindan/ humor
8. Menepati masa dan janji
9. Menjaga perawakan dan pakaiannya
10. Suka melayan keperluan pendidikan pelajar-pelajar
11. Lembut tetapi tegas (kemahiran mengawal kelas)
12. Bermoral tinggi dan bersimpati

GURU Yang NEGATIF

1. Mempunyai masalah emosi dan moral
2. Selalu berkonflik dengan pentadbiran sekolah
3. Tidak menunjukkan keseronokan bekerja
4. Kepimpinan pengajaran tidak diutamakan dan kebaikan pelajar diabaikan
5. Suka memukul dan mendera pelajar
6. Mudah naik darah
7. Selalu tidak mengikut displin kerja, kurang mengajar, memberi tugasan kepada pelajar-pelajar tetapi tidak meyelia mereka
8. Suka berdebat mengenai idelisme yang dianuti, tetapi kurang bekerja
9. Tidak menguasai pengetahuan secukupnya
10. Tidak menguasai kaedah dan teknik pengajaran dengan baik.

Ahad, 19 Julai 2009

Urusan Pemangkuan Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Dan Pemangkuan Guru Cemerlang Siswazah Tahun 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang dari Gred DGA29 ke Gred DGA32 (KUP), Gred DGA32 ke Gred DGA34 (KUP) dan dari Gred DGA34 ke Gred DGA38 (KUP) tahun 2009. Jumlah kekosongan kuota Guru Cemerlang bagi PPPLD Gred DGA32 (KUP) ialah 600, Gred DGA34 (KUP) ialah 150 dan Gred DGA38 (KUP) ialah 237.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Cemerlang dari Gred DG41 ke Gred DG44 (KUP) (1457 kekosongan), Gred DG44 ke Gred DG48 (KUP) (345 kekosongan), Gred DG48 ke Gred DG52 (KUP) (88 kekosongan), Gred DG52 ke Gred DG54 (KUP) (34 kekosongan) dan Gred DG54 ke Gred Khas C (KUP) (13 kekosongan) untuk tahun 2009.

Jumlah kekosongan kuota Guru Cemerlang bagi Gred DG4 (KUP) dan Gred D48 (KUP) bagi sekolah rendah ialah 1737 kekosongan bagi Gred DG44 dan 173 kekosongan bagi gred DG48.
Sila klik di sini untuk muat turun lampiran untuk maklumat lanjut.

Sabtu, 18 Julai 2009

Mesyuarat Pertama Majlis Guru Cemerlang Besut dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa.

16 Julai 2009: Mesyuarat Pertama Majlis Guru Cemerlang Besut berlangsung di Bilik Mesyuarat Guna Sama, Bangunan Persekutuan Besut. Pelantikan AJK MGC Besut telah dibuat dan majlis telah sebulat suara memilih Tuan Haji Pakri bin Abidin (DG54), Guru Cemerlang Mata Pelajaran Pengajian Am sebagai Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Daerah Besut.

SENARAI PENUH AHLI JAWATANKUASA:

Yang Dipertua : TN HJ PAKRI BIN ABIDIN - SMK Tengku Mahmud
Naib Yang Dipertua : TN HJ MOHAMAD ARSHAD BIN A BAKAR - SMK Permaisuri Nur Zahirah
Setiausaha : PN HJH FARIZA NURBAYA BINTI MUHAMMAD - SMK Putra
Bendahari : PN HALIDA BINTI DAHALAN - SMK Seri Nering

AJK:
Unit Maklumat dan Data: TN HJ YAHAYA BIN MOHAMED - SMK Renek
Unit TMK/ Laman Web : EN AB AZIZ BIN AB HAMED - SM Teknik Besut
Unit Kajian Tindakan : EN ABDULLAH BIN AWANG @ MUHAMMAD - SMK Tengku Mahmud
Unit Seminar/ Kursus : PN SITI AMINAH AG AHMAD - SMK Tengku Mahmud
Unit Kebajikan dan Sosial: EN MOHD HUSSNI BN M.SUHAIMI - SMK Bukit Payong
Unit Penerbitan: EN AZAWI BIN JUSOH - SMK Renek
Unit Kecemerlangan SR : PN HJH ESHAH BINTI AHMAD - SK Tengku Mahmud

Oleh sebab penubuhan MGC Besut agak lewat, maka MGC Besut mencadangkan agar diberi tumpuan kepada 3 aktiviti sahaja iaitu:
1. Kajian Tindakan
2. Seminar Pengajaran Berkesan Untuk Guru Cemerlang Besut
3. Pembinaan Blog MGC Besut dan Blog Ahli.