Sabtu, 29 Mei 2010

Kursus Pembinaan Blog dan E-Pemelajaran Majlis Guru Cemerlang Besut


Hari ini berlangsung Kursus Pembinaan Blog dan E-Pemelajaran untuk Guru-guru Cemerlang Daerah Besut di Pusat Kegiatan Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan, Alur Lintang Besut. Tujuan kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang konsep e-pemelajaran dalam meningkatkan kompetensi guru cemerlang. Sebagai seorang pendidik, juga sebagai Guru Cemerlang yang sering menjadi perhatian dan model guru-guru lain, GC perlu menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dalam menyempurnakan tugas pengajaran dan pemelajaran. Kehadiran guru seramai 20 orang, suatu jumlah yang sangat mengecewakan dan tidak lebih satu pertiga sahaja daripada jumlah ahli MGC Besut.

Pengerusi bengkel ialah Tuan Haji Abdul Bakar bin Ramli, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Besut dan fasilitator yang mengendalikan kursus ialah Puan Hjh Fariza Nurbaya Muhammad.

Kursus Pembinaan Blog dan E-Pemelajaran Majlis Guru Cemerlang Besut.

Hari ini berlangsung Kursus Pembinaan Blog dan E-Pemelajaran untuk Guru-guru Cemerlang Daerah Besut di Pusat Kegiatan Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan, Alur Lintang Besut. Tujuan kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang konsep e-pemelajaran dalam meningkatkan kompetensi guru cemerlang. Sebagai seorang pendidik, juga sebagai Guru Cemerlang yang sering menjadi perhatian dan model guru-guru lain, GC perlu menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dalam menyempurnakan tugas pengajaran dan pemelajaran. Kehadiran guru seramai 20 orang, suatu jumlah yang sangat mengecewakan dan tidak lebih satu pertiga sahaja daripada jumlah ahli MGC Besut.

Pengerusi bengkel ialah Tuan Haji Abdul Bakar bin Ramli, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Besut dan fasilitator yang mengendalikan kursus ialah Puan Hjh Fariza Nurbaya Muhammad.

Rabu, 26 Mei 2010

Belasungkawa

Majlis Guru Cemerlang Besut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ahli MGC Besut, Allahyarham Wan Saipuddin Wan Sulaiman, dari SMK Pelagat yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa 25 Mei 2010. Allahyarham ialah Guru Cemerlang mata pelajaran Kemahiran Hidup bermula dari 15 Januari 2008. Semoga roh Allahyarham dicucurkan rahmat dan termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sabtu, 27 Mac 2010

Wacana Pemantapan Amalan Pedagogi MGC Besut 1/2010



Hari ini telah berlangsung dengan jayanya Wacana Pemantapan Amalan-amalan Pedagogi dan Perbincangan Profesional yang dianjurkan oleh Majlis Guru Cemerlang Daerah Besut. Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat SMK Tengku Mahmud telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 28 orang guru dari negeri Terengganu dan Kelantan.
Pengerusi Majlis Guru Cemerlang Daerah Besut, Tuan Haji Pakri bin Abidin berharap pertemuan-pertemuan bersifat akademik dan profesional seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang. Tugas guru kini semakin mencabar. Oleh hal yang demikian itu, kata beliau, guru perlu bersedia untuk berdepan dengan masalah-masalah tersebut dengan meningkatkan pengetahuan terutama dalam amalan pedagogi dan keilmuan.

Puan Hajah Fariza Nurbaya, GC Bahasa Melayu pula memberi beberapa saranan dalam menguruskan bilik darjah ke arah pengajaran dan pemelajaran yang berkesan. Bagi beliau, selain daripada penguasaan ilmu, guru juga mestilah mempunyai kemahiran dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Guru juga mestilah mempunyai ciri-ciri peribadi dan personaliti yang menarik, mempunyai kemahiran berkomunikasi sama ada secara verbal dan nonverbal. Guru juga seharusnya mampu mengawal disiplin sepanjang proses P&P selain mempelbagaikan kaedah, teknik, strategi dan bahan dalam P&P. Suasana dan iklim kelas juga memainkan faktor penting dalam menghasilkan P&P yang berkesan dan menarik. Oleh hal yang demikian itu, beliau menyarankan agar guru memastikan P&P hanya bermula apabila kelas benar-benar bersih, ceria dan selamat sebelum memulakan P&P.

Mjalis ini juga dihadiri oleh beberapa orang Guru Cemerlang dari Kelantan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Shamsudin Mohamad, Pengerusi Majlis Guru Cemerlang Kota Bharu, Tn Haji Aziz Mohamad dan Encik Ahmad Yani Salleh yang sudi hadir dan berkongsi pendapat dan pandangan.

Tuan Haji Mohamad Jaafar bin Mamat, Pensyarah Kanan IPG Kampus Sultan Mizan berharap program-program seperti ini hendaklah sentiasa dijalankan dari masa ke masa, yang bukan sahaja membicarakan persoalan pendidikan, tetapi juga peluang-peluang kerjaya seseorang guru.

Khamis, 25 Mac 2010

PERBINCANGAN PROFESIONAL DAN PERKONGSIAN ILMU MAJLIS GURU CEMERLANG 2010.

Majlis Guru Cemerlang Daerah Besut akan menganjurkan satu wacana perkongsian ilmu dan perbincangan profesional pada hari Sabtu ini, 27 Mac 2010 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SMK Tengku Mahmud. Semua guru, terutama guru dan pensyarah IPG gred DG48, DG52 dan DG54 dijemput hadir. Jika berminat, sila hubungi Setiausaha MGCDB, Hajah Fariza Nurbaya Muhammad untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Isnin, 8 Februari 2010

Mesyuarat Guru Cemerlang Daerah Besut Bil. 1/2010

Mesyuarat Guru Cemerlang Daerah Besut Kali Pertama Tahun 2010 akan diadakan sebagai mana maklumat di bawah;

Tarikh: 10 Februari 2010 (Rabu)
Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat 3 Pejabat Pelajaran Daerah Besut
Masa: 2.30 petang
Pengerusi: Tuan Haji Pakri bin Abidin

Semua Guru Cemerlang Daerah Besut diundang hadir untuk sama-sama membincangkan aktiviti untuk tahun ini dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik daerah Besut.

Rabu, 13 Januari 2010

PERMOHONAN GURU CEMERLANG TAHUN 2010

Pengumuman kepada semua guru. Permohonan Guru Cemerlang 2010 pelbagai gred telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 5 Januari 2010. Semua guru boleh memuat turun borang, iklan, syarat dan lampiran di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia ataupun di pautan di bawah ini. Tarikh tutup 29 Januari 2010. Permohonan ini terbuka kepada semua guru di IPG, sekolah menengah dan sekolah rendah. Harap maklum dan sila uar-uarkan perkara ini kepada semua guru.

KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN BORANG PERMOHONAN.